Ahad, 23 Ogos 2009

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

JOINLAH AKU!!!

assalamualaikum...........Hai kwn2,nama aku afariza binti ahmad,panggil jer IZA...tujuan aku buat blog nie sajer je suka2 untuk kongsi ape2 idea,pandangan dan sebagainya lah dengan rakan-rakan di luar sana.buat pengetahuan semuer aku dah berkahwin,so jgn malu2 ler nak meluahkan masalah or pandangan yer.dengan itu,KAWAN2 janganlah lupa singgah2 kat blog aku tau!!!!!

PETUA RUMAH TANGGA BAHAGIA

1.Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4.Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. 5.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9.Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10.Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 12.Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. 13.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 14.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15.Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 16.Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 18.Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. 19.Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. 20.Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 21.Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22.Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. 23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

TIPS KESIHATAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahu pun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN ISTERI

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniatdan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suamiterlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyaipasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukanuntuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuksifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalanyang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaansemasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramaisuami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yanganda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronokdan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauanyang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkanhubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihatmenasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan danmengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasamandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suamiisteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapatmeringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakanpasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyakmasalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikanpenampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yangcemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri deritadan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagiamembentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluargajuga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepadaorang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmembeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suamimemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayangdan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat sukaapabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kakisuami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isterimerajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabilasuami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalansunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik danmenasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalahtertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang laindaripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabilaberjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkanisteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehinggasuami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambahmengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsaraserta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dankeluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turutberubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suamitidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmattambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelakicuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadapsuami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasukpembantu rumah

tips kecantikan dari delima merah

Artikel kali ini bukan tentang artikel-artikel cinta, tips-tips cinta atau tentang cinta dan perhubungan seperti artikel-artikel saya yang lain. Cerita hari ni lain sikit. Hari ini saya nak bagi tau “tips-tips kecantikan” yang boleh anda lakukan dan mendapatkan hasil yang cukup memuaskan!
Ramai wanita cukup bersusah-payah untuk kelihatan cantik jelita, namun masih juga tidak puas hati dengan hasilnya, walaupun banyak masa dan wang ringit telah habis dibelanjakan. Jadi tak mahu cerita banyak, baca, faham dan buat! Kemudian anda tengoklah hasilnya.
1) Uruskan Tekanan.
Ini tips pertama dan cukup penting. Walaupun ramai dah tahu, saya tetap nak bagitau jugak. “Stress” atau tekanan, atau lebih teruk daripada itu dipanggil kemurungan(depression), akan menyedut segala tenaga dari tubuh anda. Bila anda berada dalam keadaan tertekan apatah lagi tekanan itu berterusan dalam jangkamasa yang panjang sehingga sampai ke peringkat kemurungan, tenaga yang digunakan oleh bahagian tertentu otak anda untuk “menekan” tekanan itu dan menstabilkan emosi supaya tidak bertambah teruk akan menyebabkan fizikal anda tidak mendapat tenaga yang mencukupi. Ini sudah pasti memberi kesan ke atas fizikal anda. Ketahanan tubuh terhadap penyakit semakin berkurangan, kulit menjadi kering, kulit muka mula berjerawat dan susah nak hilang , dan yang paling berbahaya kesannya ke atas kecantikan anda iaitu – “air muka” anda tidak akan berseri..
Biasa tengok muka orang yang bermasalahkan? Walau secantik mana pun wajahnya, walau semahal mana pun “kosmetik” yang dia gunakan, tetapi bila anda perhatikan wajahnya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Wajahnya tidak ceria walaupun dia cuba “menceriakan” dirinya. “Make-up”lah macamana pun, kecantikan sebenar tidak akan terserlah.
Saya nak sentuh sikit dalam hal berkenaan tekanan dan kemurungan. Tekanan ni selalunya terjadi bila wujud perasaan tidak puas hati akibat sesuatu masalah atau perkara yang kemudiannya disimpan di dalam hati tanpa masalah tersebut diuruskan. Biasa dengar ungkapan “makan hati berulam jantung”? Selalunya ungkapan ini untuk siapa la agaknya ya, lelaki ke wanita? Yups, untuk wanita. Mungkin ada la seorang dua lelaki yang makan hati berulam jantung tapi tak pernah pulak saya jumpa (harap-harap tak jumpa!) Ok, bila sesuatu masalah itu disimpan di dalam hati, ia akan ditekan dengan cara cuba untuk tidak mengendahkannya, sebagai contoh seseorang itu berkata, “biarlah, perkara kecik je tu..”, atau jika anda dimalukan oleh pasangan di hadapan orang lain, mungkin juga hati kecil anda akan berkata-kata, “takpelah, sikit jer tu, dia tak sengaja nak buat macam tu agaknya..”.
Ungkapan-ungkapan tersebut sebenarnya tidak lebih daripada cubaan untuk “menipu” hati anda sendiri supaya anda tidak berasa kecil hati. Sekali terjadi mungkin tidak apa. Sekiranya ia kerap terjadi, perasaan tidak puas hati semakin bertambah dan bila anda pula berterusan menekan perasaan itu yang semakin lama lapisannya makin menebal, tekanan yang semakin bertambah hasil daripada perasaan tidak puas hati yang asyik ditekan itu akhirnya bertukar kepada peringkat yang lebih teruk iaitu kemurungan (depression). Tahap kemurungan ini boleh dikatakan masalah tekanan perasaan yang kronik, mampu menjejaskan mental dan fizikal. Apa yang pasti di tahap ini bantuan professional diperlukan.
Dari keterangan ringkas ini, anda perlu faham di antara cara untuk mengelakkan tekanan ialah JANGAN menekan perasaan tidak puas hati anda. Anda perlu belajar bagaimana untuk membuatkan hati anda sentiasa terpelihara daripada disakiti dan bagaimana untuk meluahkan apa yang anda rasa supaya hati anda bebas daripada tekanan.
“Make-up”, kosmetik yang berjenama, vitamin-vitamin atau makanan tambahan yang anda ambil walau sebanyak mana pun hanyalah tidak lebih sebagai “bantuan” kepada fizikal anda supaya kelihatan sihat, bertambah cantik dan menarik. Ia bukanlah medium utama yang menjadikan anda kelihatan cantik dan jelita.
Bebas dari tekanan dan kemurunganlah yang akan membuatkan kecantikan seseorang wanita itu terserlah di wajahnya. Hati yang bebas dari tekanan dijelmakan pada tubuh badan dan menjadikan wajah berseri, ceria, dan bersinar. Bebas dari tekanan juga bermakna anda mudah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif dan mempunyai keyakinan yang kuat terhadap diri sendiri – sifat yang akan membuatkan anda cukup menarik pada pandangan lelaki.
2) Yakin Pada Diri Sendiri.
Wanita yang mempunyai keyakinan terhadap dirinya sendiri akan memberi gambaran kepada lelaki bahawa dia adalah seorang wanita yang berpendirian. “Aura” yang terpancar darinya memberitahu lelaki bahawa wanita seperti ini adalah seorang yang matang. Wanita matang tahu bagaimana untuk menjaga dirinya, bagaimana untuk bergaul dengan sesiapa sahaja dan boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan dan di mana juga dia berada. Wanita yang matang sentiasa pentingkan ilmu, jika tidak mana mungkin dia boleh menjadi seorang wanita yang matang, betul?
Wanita yang matang berfikiran kritis dan bijak menangani masalah dalam perhubungan. Keyakinan yang wujud padanya membuatkan lelaki sentiasa berasa selesa sewaktu berdamping dengannya.
Ramai wanita tidak berasa yakin kepada diri sendiri. Walaupun kadangkala mereka kelihatan seolah-olah seorang wanita yang positif dan berkeyakinan, namun ramai yang cuba menyembunyikan perasaan ragu-ragu terhadap diri mereka sendiri.
Perkara yang selalunya ditakuti oleh wanita seperti ini ialah merasakan diri mereka tidak berguna, bodoh, tidak disayangi, bersikap pelik, dan juga mempunyai wajah atau fizikal yang tidak cantik. Semua ketakutan dan kerisauan seperti ini selalunya tertanam jauh dalam “bahagian luar sedar” (unconscious side) dirinya sehinggalah wanita itu rasa “terbuka”, dan sekali dia membuka hatinya, semua perasaan yang indah, perasaan takut serta risau tersebut akan muncul sekaligus.
Lagi satu perkara yang penting di sini, selalunya wanita yang ragu-ragu atau tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri sering menarik lelaki berbahaya kepada mereka tanpa mereka sedari. Kenapa saya cakap macam ni? Lelaki berbahaya, katalah “jenis buaya” yang sentiasa ingin mendapatkan wanita hanya dengan tujuan sex sahaja, tidak akan berani untuk cuba memikat wanita yang mempunyai keyakinan diri yang teguh. Lelaki jenis ini tahu wanita itu sukar untuk dipengaruhi kerana berpendirian kuat dan tidak mudah “dikelentong”. Kalau diperhatikan, wanita yang ragu-ragu dan tidak yakin dengan diri sendiri itu lebih mudah terpedaya dengan lelaki “species” syaitan ini.
Oleh itu, anda perlu belajar bagaimana untuk mempunyai keyakinan terhadap diri anda sendiri tetapi anda perlu ingat, jangan pula sampai “over-confident” dan menyebabkan diri menjadi sombong. Itu bukanlah maksud dan idea saya tentang yakin kepada diri sendiri.
Bila keyakinan terhadap diri sendiri itu wujud, ia akan diserlahkan dalam bentuk karektor, sifat, peribadi, dan juga tindak-tanduk anda. Pada masa inilah, kecantikan anda yang sebenar akan terserlah. Wajah anda pasti akan berkali ganda cantik dan menarik berbanding sekarang walaupun hanya dengan berpakaian dan menggunakan solekan yang “simple”.
Hakikat sebenar kecantikan itu bukanlah diukur hanya dari segi pandangan terhadap fizikal sahaja. Kecantikan fizikal hanya bersifat sementara dan memberi tumpuan hanya untuk menampilkan kecantikan fizikal sahaja akan membuatkan seseorang wanita itu akhirnya menjadi “penat”.
Saya hanya terangkan secara ringkas tentang dua perkara ini sahaja pada artikel kali ini. Kenapa? Sebabnya kalau dua perkara ini pun anda tidak dapat lakukan, kenapa anda perlukan cara yang lain?
Walau apa pun, cuba buat 2 perkara ini dahulu, kemudian perhatikan dalam masa 3 bulan yang akan datang, anda akan mula mendengar rakan-rakan, saudara-mara, pasangan anda atau mungkin juga sesiapa yang anda tidak sangka-sangka berkata kepada anda, “Wah, makin cantik la kau sekarang.. makin berseri nampak! Apa rahsia?”.
Saya pasti hati anda akan tersenyum!